Sunday, December 8, 2013

Sekadar ingin berkongsi maklumat yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu..Selamat membaca dan jadikanlah mereka sebagai teladan..



30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air Zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama Berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam : Saidina Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh Hijrah : Saidina Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan Fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan Azan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan Fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Saidina Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan Baitul mal : Saidina Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW : Saidina Ali bin Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.
 

Dipetik daripada Facebook TANYALAH USTAZ..


Wednesday, December 4, 2013

Breaking the Employers Mind

BREAKING THE EMPLOYERS MIND ON 16 NOV 2013

Pantang dapat peluang join program, mesti join! Yelah, selagi mana ianya bermanfaat buat diri...
why not kan :)
Dapat jumpa coach Su..Memandangkan Coach Su sememangnya berpengalaman dalam bidang
pekerjaan, beliau menurunkan ilmu dan pengetahuannya kepada aku dan rakan-rakan on what is in the mind of the employers. What do you need to have bila nak bekerja nanti...





Always experiencing new things with this awesome peoples!

Trip to KL War Crimes Tribunal Hearing on Palestin


22 November 2013


Dr Rohaida and Dr Mattew were also there


 Bersama dengan Dr Ang Swee Chai (Penulis buku From Beirut to Jurusalem)




"War is a crime against humanity and that it is not the best solution to settle conflicts between nations. Students as a future leader need to be active and courageous in fulfilling this noble agenda of criminalizing war in the future and energizing peace amongst mankind."

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Founder of Criminalise War Club (Malaysia Chapter)



Mendalam kata-kata Tun Dr Siti Hasmah :)

Sambil-sambil mengisi waktu lapang (yang sebenarnya takdelah lapang mana sebab banyak je tugasan PBL menanti hehe) kami berenam sekawan, went to Kuala Lumpur War Crimes Tribunal Hearing on Palestine near National Mosque, Kuala Lumpur.

It was such an experience, dapat dengar testimoni daripada orang-orang yang terlibat secara langsung dalam war yang berlaku di Palestin. Keputusan tribunal adalah, Israel didapati bersalah atas jenayah genocide terhadap Palestin. 


Thursday, November 28, 2013

VivoAmuza QUIZ

SEBESAR MANA EGOMU?

Kamu jenis seorang yang merendah diri atau sebaliknya suka mendabik dada? Selidiki sejauh mana "keberanian" kamu dengan kuiz berikut!!

1. Dua kali date seorang jejaka tampan/ gadis jelita, dia tiba-tiba sepi. Kamu:

    a.  Kecil hati. Sangkakan kalian serasi.
    b.  Tak percaya ia boleh berlaku.
    c.  Rasa berkecai segala keyakinan!

2. Ketika mengirim e-mel kepada kawan lama, kamu....

    a.  Ceritakan kisah terkini kamu - sebelum bertanya khabarnya pula.
    b. Minta maaf kerana lama tak hantar e-mel.
    c.  Bercerita kisah kamu, dan sertakan nota: "Rindu la kat kau. Balas emel 
         aku ek!".

3. Bagaimana kamu menilai diri berbanding rakan yang lain?

    a.  Lebih bagus dan berbakat!
    b.  Perlu belajar tapi boleh pergi jauh.
    c.  Mustahil kami mampu bersaing.

4. Kamu masuk ke restoran bersama rakan, dan beberapa jejaka/gadis             menoleh. Kamu andaikan:

    a.  Kalian berdua memang menarik.
    b.  Mereka berminat pada rakan kamu.
    c.  Mereka tengok kamu la. Siapa lagi?

5. Tahniah keputusan cemerlang! Kamu:

    a.  Mengajak semua kenalan meraikannya.
    b.  Berkongsi dengan teman-teman baikmu sahaja.
    c.  Hanya ceritakan pada ibu bapa kerana kamu juga masih tidak percaya.

6. Ada orang memuji rupa kamu seiras Erra Fazira/Aaron Aziz. Kamu jawab:

    a.  "Hah!! Kamu rabun ke apa?"
    b.  "Betul ke ni...? Terima kasih ya..."
    c.  "Kamu yang keseribu cakap begitu!"

7. Adakah kamu sering mendapat perhatian?

    a.  Adakalanya - dalam aspek tertentu.
    b.  Bukan perasan, tapi memang pun!
    c.  Merepek ke apa? Tapi, nak sangat...

8. Saat berkongsi kisah cinta dengan rakan, kamu:

    a.  Suka diam...Cerita mereka sensasi.
    b.  Beri peluang pada sesiapa yang ada cerita paling hangat, termasuk kamu!
    c.  Menguap mendengar cerita mereka dan tidak sabar tunggu giliran kamu.

9. Tiga paling hebat pada kamu:

    a.  Oops! Saya ada lebih dari lima!
    b.  Kamu perlukan masa untuk fikir...
    c.  Done! Walaupun tak hebat mana.

10. Ketua ingin kamu perbaiki beberapa perkara. Kamu:

    a.  Cuba amatinya secara objektif, tapi yakin dia tetap angap kamu hebat.
    b.  Sakit hati dan kecewa!
    c.  Makan hati dan berasa tak mampu...

MARKAH

1.     a - 1     b - 2     c - 0
2.     a - 1     b - 0     c - 2
3.     a - 2     b - 1     c - 0
4.     a - 1     b - 0     c - 2
5.     a - 2     b - 1     c - 0
6.     a - 0     b - 1     c - 2
7.     a - 1     b - 2     c - 0
8.     a - 0     b - 1     c - 2
9.     a - 2     b - 0     c - 1
10.   a - 1     b - 2     c - 0

______________________________________________________

15 MARKAH ATAU LEBIH
Angkat Bakul Sendiri
Kamu ini terlebih perasan! Walaupun keyakinan diri adalah kualiti paling utama, namun jika kamu sering mengaku cantik, cerdik serta hebat, orang lain pasti lama kelamaan akan meluat dan mula menjauhkan diri. "Kamu berasa bahawa kamulah yang berhak mendapat segala perkara terbaik-tidak orang lain," kata Lynn Friedman, Ph.D, Pakar psikologi klinikal di Bethesda, Maryland. Begitupun, keberanian kamu itu mungkin petanda bahawa kamu sebenarnya bimbang dengan apa pandangan umum terhadap kamu - lalu cuba menyembunyikannya dengan mengamalkan sikap "Tengoklah betapa hebatnya aku!"
Masalahnya, kamu sampai terlupa untuk menghargai dan memuji orang lain - kerana terlalu sibuk mempromosikan diri sebagai "bintang". Tambahan, teman-teman kamu juga  makin menyampah bila asyik membaca status kamu di FB dan Twitter merungut itu dan ini, seolah-olah hanya kamu yang betul - tak termasuk dakwaan kononnya semua lelaki di Malaysia tergila-gilakan kamu! Justeru, kurangkan aksi diva ini. "Kamu sepatutnya menikmati kejayaan tanpa perlu meninggi diri - dan membuat orang lain berasa serba serbinya tidak betul," kata Friedman. Kemudian, cubalah beri perhatian kepada orang lain. Bila seorang teman bercerita mengenai buah hati barunya, tak perlu "patahkan" usaha itu dengan menyelit kisah teman lelaki kamu. Sebaliknya, sokong dan katakan bahawa kamu tumpang gembira. Kamu pasti terkejut melihat betapa pantasnya tumpuan akan kembali pada kamu!

ANTARA 14 MATA KE TUJUH
Berkeyakinan Tinggi
Kamu hebat - dan tidak "besar kepala"! "Kamu bijak menikmati kejayaan yang dicapai, dan tahu membezakan bila masanya kamu patut tampil sebagai tumpuan, dan bila pula sewajarnya kamu bersikap mendiamkan diri. Ia petanda bahawa kamu tidak mahu ada pihak berasa tidak selesa," kata Friedman. Sebagai contoh, kamu tak mungkin berkongsi khabar gembira tentang BF baru anda kepada rakan yang sedang menderita putus cinta. "Selain itu kamu juga mampu menerima kelemahan dan melihat diri secara objektif," kata Karyne Messina, pakar psikoanalisis dan psikologi di Chevy Chase Maryland. Jika jejaka idaman tidak sudi berkenalan, kamu hanya akan berkata: "Apa nak buat!" berbanding merungut tak puas hati. Tahap keyakinan begitulah yang membuat ramai bermimpi ingin menjadi dirimu....

6 MATA ATAU KURANG
Terlalu Rendah Diri
Kamu perlu tampil lebih yakin! Bila si jejak tidak menelefon, kamu andaikandirimu tidak sehebat bekas teman wanitanya. Begitu juga di kampus atau pejabat, kamu cenderung berasa diri seperti tak berguna. "Kamu mungkin membesar dengan perasaan suka membanding-bandingkan dirimu dengan orang lain, antaranya ibu, kakak atau rakan baik - dan rasa kecewa akibat tidak mampu bersaing itu menyebabkan kamu mudah putus asa dan cepat menyerah kalah," kata Messina. Masalahnya, tanpa menyimpan sedikit keyakinan dan rasa harga diri, jangan beranganlah orang lain akan menghormati kamu seperti sepatutnya. Justeru, jika kamu ingin berjaya, elakkan daripada sekadar berharap. "Dan elakkan menyimpan pencapaian kamu sendirian, kerana ia antara punca penghalang kemajuan diri," kata Friedman. Oleh itu, mulai sekarang hentikan "berahsia". Pastikan kamu sentiasa update ketua perihal setiap perkembangan projek yang sedang dikendalikan. Bila berjaya beroleh sesuatu, kongsikan berita itu melalui FB atau Twitter - tanpa berasa bahawa perbuatan itu keterlaluan. Satu lagi, sebelum keluar rumah, renung dulu wajahmu ke cermin (pedulikan jerawat itu) dan lontarkan pujian bahawa kamu memang cantik! Dunia tak akan percaya betapa manisnya kamu - jika kamu sendiri tidak mempercayainya!


Apa lagi yang di tunggu... jom cuba kuiz ni dan komen berapa mata kamu dapat...

# Sumber dari cosmo quiz, Cosmopolitan, Ogos 2007