Wednesday, November 27, 2013

Beruntungnya seorang mujahid itu



Siapakah si mujahid itu?

Namanya adalah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Awal November lalu, rata-rata orang bercerita mengenai Ammar. Tidak kurang juga video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial. 


Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu akibat satu kemalangan dengan ambulans.


Aku fikir, mungkin Allah hantar kisah Ammar ini untuk menempelak aku agar bangun dari tidur.  Baru hari ini aku cuba mendalami sejarah hidup arwah Ammar. Umur 20, sama dengan aku. Tapi pencapaian beliau jauh jauh jauh lagi tinggi dan hebat daripada aku. Dilahirkan di Malaysia bersemadi di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, berjirankan Abu Ayub al-Ansari sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Tanah perkuburan tersebut menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Datuk Bandar Eyub telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.

Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian daripada hidup aku yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf. Hari ini aku malu dengan diri sendiri, malu dengan Ahmad Ammar. Aku terharu dengan ketabahan ibu dan ayah beliau, langsung tidak kelihatan air mata di pipi mereka di dalam video tersebut. Aku yang juga berumur 20 tahun kalau ditanya "Apa yang sudah kau sumbangkan kepada ummah?", mungkin tidak ada jawapannya.

Mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Baca dan hayati lah Syair Imam Syafie ini:


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu
dianggap sebagai rehat
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang engkau tinggalkan
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada yang berpenat-penatan

Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri
Sekiranya ia mengalir ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir ia tercemar


Yes, we need to live this life. Live this life by doing kindness and remember where are our true destiny-God's Jannah :)

Konklusi aku. Beruntungnya seorang mujahid itu, pemergiannya diiringi doa sekalian manusia. Al-Fatihah buat arwah Ammar.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar dengan lebih lanjut, saksikan video di bawah.


3 comments:

  1. bukan semua ada pemikiran mcm arwah...moga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aminn

    ReplyDelete
  2. muda-muda lagi dah mati syahid walapun syahid yang tertangguh...moga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...aminn

    ReplyDelete