Thursday, November 28, 2013

VivoAmuza QUIZ

SEBESAR MANA EGOMU?

Kamu jenis seorang yang merendah diri atau sebaliknya suka mendabik dada? Selidiki sejauh mana "keberanian" kamu dengan kuiz berikut!!

1. Dua kali date seorang jejaka tampan/ gadis jelita, dia tiba-tiba sepi. Kamu:

    a.  Kecil hati. Sangkakan kalian serasi.
    b.  Tak percaya ia boleh berlaku.
    c.  Rasa berkecai segala keyakinan!

2. Ketika mengirim e-mel kepada kawan lama, kamu....

    a.  Ceritakan kisah terkini kamu - sebelum bertanya khabarnya pula.
    b. Minta maaf kerana lama tak hantar e-mel.
    c.  Bercerita kisah kamu, dan sertakan nota: "Rindu la kat kau. Balas emel 
         aku ek!".

3. Bagaimana kamu menilai diri berbanding rakan yang lain?

    a.  Lebih bagus dan berbakat!
    b.  Perlu belajar tapi boleh pergi jauh.
    c.  Mustahil kami mampu bersaing.

4. Kamu masuk ke restoran bersama rakan, dan beberapa jejaka/gadis             menoleh. Kamu andaikan:

    a.  Kalian berdua memang menarik.
    b.  Mereka berminat pada rakan kamu.
    c.  Mereka tengok kamu la. Siapa lagi?

5. Tahniah keputusan cemerlang! Kamu:

    a.  Mengajak semua kenalan meraikannya.
    b.  Berkongsi dengan teman-teman baikmu sahaja.
    c.  Hanya ceritakan pada ibu bapa kerana kamu juga masih tidak percaya.

6. Ada orang memuji rupa kamu seiras Erra Fazira/Aaron Aziz. Kamu jawab:

    a.  "Hah!! Kamu rabun ke apa?"
    b.  "Betul ke ni...? Terima kasih ya..."
    c.  "Kamu yang keseribu cakap begitu!"

7. Adakah kamu sering mendapat perhatian?

    a.  Adakalanya - dalam aspek tertentu.
    b.  Bukan perasan, tapi memang pun!
    c.  Merepek ke apa? Tapi, nak sangat...

8. Saat berkongsi kisah cinta dengan rakan, kamu:

    a.  Suka diam...Cerita mereka sensasi.
    b.  Beri peluang pada sesiapa yang ada cerita paling hangat, termasuk kamu!
    c.  Menguap mendengar cerita mereka dan tidak sabar tunggu giliran kamu.

9. Tiga paling hebat pada kamu:

    a.  Oops! Saya ada lebih dari lima!
    b.  Kamu perlukan masa untuk fikir...
    c.  Done! Walaupun tak hebat mana.

10. Ketua ingin kamu perbaiki beberapa perkara. Kamu:

    a.  Cuba amatinya secara objektif, tapi yakin dia tetap angap kamu hebat.
    b.  Sakit hati dan kecewa!
    c.  Makan hati dan berasa tak mampu...

MARKAH

1.     a - 1     b - 2     c - 0
2.     a - 1     b - 0     c - 2
3.     a - 2     b - 1     c - 0
4.     a - 1     b - 0     c - 2
5.     a - 2     b - 1     c - 0
6.     a - 0     b - 1     c - 2
7.     a - 1     b - 2     c - 0
8.     a - 0     b - 1     c - 2
9.     a - 2     b - 0     c - 1
10.   a - 1     b - 2     c - 0

______________________________________________________

15 MARKAH ATAU LEBIH
Angkat Bakul Sendiri
Kamu ini terlebih perasan! Walaupun keyakinan diri adalah kualiti paling utama, namun jika kamu sering mengaku cantik, cerdik serta hebat, orang lain pasti lama kelamaan akan meluat dan mula menjauhkan diri. "Kamu berasa bahawa kamulah yang berhak mendapat segala perkara terbaik-tidak orang lain," kata Lynn Friedman, Ph.D, Pakar psikologi klinikal di Bethesda, Maryland. Begitupun, keberanian kamu itu mungkin petanda bahawa kamu sebenarnya bimbang dengan apa pandangan umum terhadap kamu - lalu cuba menyembunyikannya dengan mengamalkan sikap "Tengoklah betapa hebatnya aku!"
Masalahnya, kamu sampai terlupa untuk menghargai dan memuji orang lain - kerana terlalu sibuk mempromosikan diri sebagai "bintang". Tambahan, teman-teman kamu juga  makin menyampah bila asyik membaca status kamu di FB dan Twitter merungut itu dan ini, seolah-olah hanya kamu yang betul - tak termasuk dakwaan kononnya semua lelaki di Malaysia tergila-gilakan kamu! Justeru, kurangkan aksi diva ini. "Kamu sepatutnya menikmati kejayaan tanpa perlu meninggi diri - dan membuat orang lain berasa serba serbinya tidak betul," kata Friedman. Kemudian, cubalah beri perhatian kepada orang lain. Bila seorang teman bercerita mengenai buah hati barunya, tak perlu "patahkan" usaha itu dengan menyelit kisah teman lelaki kamu. Sebaliknya, sokong dan katakan bahawa kamu tumpang gembira. Kamu pasti terkejut melihat betapa pantasnya tumpuan akan kembali pada kamu!

ANTARA 14 MATA KE TUJUH
Berkeyakinan Tinggi
Kamu hebat - dan tidak "besar kepala"! "Kamu bijak menikmati kejayaan yang dicapai, dan tahu membezakan bila masanya kamu patut tampil sebagai tumpuan, dan bila pula sewajarnya kamu bersikap mendiamkan diri. Ia petanda bahawa kamu tidak mahu ada pihak berasa tidak selesa," kata Friedman. Sebagai contoh, kamu tak mungkin berkongsi khabar gembira tentang BF baru anda kepada rakan yang sedang menderita putus cinta. "Selain itu kamu juga mampu menerima kelemahan dan melihat diri secara objektif," kata Karyne Messina, pakar psikoanalisis dan psikologi di Chevy Chase Maryland. Jika jejaka idaman tidak sudi berkenalan, kamu hanya akan berkata: "Apa nak buat!" berbanding merungut tak puas hati. Tahap keyakinan begitulah yang membuat ramai bermimpi ingin menjadi dirimu....

6 MATA ATAU KURANG
Terlalu Rendah Diri
Kamu perlu tampil lebih yakin! Bila si jejak tidak menelefon, kamu andaikandirimu tidak sehebat bekas teman wanitanya. Begitu juga di kampus atau pejabat, kamu cenderung berasa diri seperti tak berguna. "Kamu mungkin membesar dengan perasaan suka membanding-bandingkan dirimu dengan orang lain, antaranya ibu, kakak atau rakan baik - dan rasa kecewa akibat tidak mampu bersaing itu menyebabkan kamu mudah putus asa dan cepat menyerah kalah," kata Messina. Masalahnya, tanpa menyimpan sedikit keyakinan dan rasa harga diri, jangan beranganlah orang lain akan menghormati kamu seperti sepatutnya. Justeru, jika kamu ingin berjaya, elakkan daripada sekadar berharap. "Dan elakkan menyimpan pencapaian kamu sendirian, kerana ia antara punca penghalang kemajuan diri," kata Friedman. Oleh itu, mulai sekarang hentikan "berahsia". Pastikan kamu sentiasa update ketua perihal setiap perkembangan projek yang sedang dikendalikan. Bila berjaya beroleh sesuatu, kongsikan berita itu melalui FB atau Twitter - tanpa berasa bahawa perbuatan itu keterlaluan. Satu lagi, sebelum keluar rumah, renung dulu wajahmu ke cermin (pedulikan jerawat itu) dan lontarkan pujian bahawa kamu memang cantik! Dunia tak akan percaya betapa manisnya kamu - jika kamu sendiri tidak mempercayainya!


Apa lagi yang di tunggu... jom cuba kuiz ni dan komen berapa mata kamu dapat...

# Sumber dari cosmo quiz, Cosmopolitan, Ogos 2007 

No comments:

Post a Comment