Thursday, November 28, 2013

Mahkota Manusia


Rambut adalah mahkota manusia


Tahukah anda bahawa pada zaman kini, dengan kegunaan pelbagai produk kimia yang dikhaskan untuk penjagaan  rambut, sebenarnya membolehkan rambut anda mengalami zaman 'penuaannya'??  


Ini dia beberapa tips yang digunakan oleh orang zaman dahulu untuk mengatasi masalah penuaan rambut. Paling syoknya adalah petua-petua ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba di rumah dengan kos yang paling minimal!

Rawatan minyak panas  : Antara contoh-contoh minyak yang terdapat di dapur rumah kita ialah minyak bijan, minyak kelapa, minyak kastor. Panaskan minyak tersebut dalam kuantiti yang dihendaki serta suhu yang sesuai. Suhu minyak yang amat panas apabila diaplikasikan ke kulit kepala boleh merosakkan folikel-folikel rambut yang akan merumitkan lagi masalah rambut tersebut.Kemudian, urutkan minyak tersebut ke kulit kepala dan biarkan selama 1 jam paling minimum sebelum memcuci rambut anda.

Jus asli   : Jus yang diekstrakkan daripada bahan-bahan yang mudah dicari seperti bawang putih, bawang merah dan halia juga menyelesaikan masalah rambut ini. Jus ini setelah diekstrak perlu digosokkan ke kulit kepala dan untuk keputusan yang memuaskan dalam beberapa minggu, jus ini perlulah dibiarkan semalaman sebelum dicuci rambut keesokan harinya.

Urutan kepala : Cara ini telah dibuktikan secara saintifiknya dalam membantu merangsangkan peredaran darah. Peredaran yang baik di kulit kepala menyimpan folikel rambut aktif. Peredaran boleh diperbaiki melalui urut dengan menggunakan beberapa titik lavender atau teluk minyak pati dalam badam atau bijan asas minyak.

Amalan meditasi : Salah satu faktor penyebab masalah rambut ini adalah disebabkan oleh tekanan. Oleh itu, dengan mengamalkan amalan meditasi, ia dapat membendung masalah tersebut serta menyeimbang hormon-hormon badan.

Harap petua-petua yang saya kongsi ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca blog ini. Selamat mencuba ! :)

2 comments: